Pada zaman serba canggih dan kehidupan seharian kita tak lari dari perkembangan ICT yang begitu pantas, mungkin ada diantara kita yang memiliki email lebih daripada satu akaun. Syarikat gergasi seperti google dan yahoo menjadi pilihan WAJIB kepada kita untuk membuka email akaun. Selain daripada itu, ada juga antara kita yang gemar menggunakan live, msn, hotmail dan sebagainya. Malah ada antara kita yang membuka melebihi satu akaun dengan gmail atau yahoo.
Mungkin agak menyukarkan kita untuk memeriksa kesemua email akaun tersebut. Antara pilihan yang digunakan untuk mengatasi masalah tersebut adalah menggunakan email manager. Kita mungkin biasa mendengar tentang Microsoft Office Outlook. Tapi untuk menggunakan perisian ini, kita perlu membayar. Ramai di antara kita yang lebih gemar mendapatkan perisian secara percuma. Tidak perlulah kita memuat turun perisian secara haram. Terdapat satu perisian yang cukup baik malah PERCUMA iaitu MOZILLA THUNDERBIRD.
Perisian Mozilla Thunderbird boleh dimuat turun secara percuma. Tetapi bagi pengguna yahoo mail, buat masa ini, Outlook dan Thunderbird tidak boleh menguruskan email akaun anda.
Antara kelebihan Mozilla Thunderbird adalah:
-
Tidak perlu memasukkan id dan katalaluan setiap kali membuka email
-
Notifikasi setiap kali ada email baharu yang masuk
-
Fungsi Tab dan Search yang mesra pengguna
-
Banyak lagi kelebihan-kelebihan lain.. muat turun dan alamilah sendiri..
Sila klik pada pautan di bawah untuk memuat turun perisian Mozilla Thunderbird
