
Maaf kerana tajuk menggunakan Bahasa Inggeris keseluruhannya.
Sempena ulang tahun ke 25, Nokia akan memperkenalkan Hanset yang cukup menakjubkan. Mungkin tidak pernah terlintas difikiran kita untuk melihat hanset secanggih ini.
Konsep yang digunakan adalah – Full Body Touchscreen. Ini bermakna keseluruhan body mempunyai fungsi skrin sentuh. Setiap sudut pada hanset ini juga mempunyai fungsi touchscreen.

Antara item yang menarik adalah:
- Menukar wallpaper menjadi “casing”
- Menjadikan hanset seolah-olah “kamera Sebenar”
- Melihat foto 3D dari setiap sudut hanset
Banyak lagi kelebihan hanset ini. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda bolehlah layari dilaman web rasmi Nokia
Anda lihatlah sendiri pada video klip tersebut dan pasti anda rasa teruja.
