PERCUMA – SMS ke mana-mana talian seluruh DUNIA

Sudah sekian lama saya tidak memasukkan entri baru. Sempena tahun baru ini, saya ingin berkongsi tentang SMS percuma yang boleh kita gunakan di mana-mana sahaja asalkan ada liputan internet.
Mungkin ramai yang pernah menggunakannya. Tapi saya ingin kongsikan kepada yang tak pernah tau tentang sistem SMS percuma ni.
Caranya amat mudah, cuma layari website FREE SMS ni.
Bile kita perlu guna Free SMS ni?
1. Semasa berada di Luar Negara (mengelakkan caj roaming)
2. Tiada kredit
3. Tiada HP
4. Talian HP disekat
5. Nak jimat sbb free(semua org suka)

Tapi janganlah gunakan kemudahan ni untuk sesuatu yang tidak baik. Faham-faham sendiri la ye.

Cara menggunakan amat mudah.
Pastikan anda isi seperti contoh yang saya beri di bawah:
Sebagai contoh no Hp rakan anda adalah: 0123456789
-anda perlu memilih lokasi penerima(di sini saya pilih Malaysia)
-Seterusnya masukkan no 123
-Di petak seterusnya masukkan nombor yang selebihnya (di Malaysia biasanya 6 angka) no 456789
- Masukkan kod CAPTCHA
-Selesai

Nokia GEM – Full Body Touchscreen

Maaf kerana tajuk menggunakan Bahasa Inggeris keseluruhannya.

Sempena ulang tahun ke 25, Nokia akan memperkenalkan Hanset yang cukup menakjubkan. Mungkin tidak pernah terlintas difikiran kita untuk melihat hanset secanggih ini.
Konsep yang digunakan adalah – Full Body Touchscreen. Ini bermakna keseluruhan body mempunyai fungsi skrin sentuh. Setiap sudut pada hanset ini juga mempunyai fungsi touchscreen.

Antara item yang menarik adalah:

  • Menukar wallpaper menjadi “casing”
  • Menjadikan hanset seolah-olah “kamera Sebenar”
  • Melihat foto 3D dari setiap sudut hanset

Banyak lagi kelebihan hanset ini. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda bolehlah layari dilaman web rasmi Nokia

Anda lihatlah sendiri pada video klip tersebut dan pasti anda rasa teruja.

 

Menonton filem 3D tanpa cermin mata 3D

Pertama kali menonton filem 3D di panggung wayang pada tahun 2009. Memang menarik. Tapi sekarang kita boleh menonton 3D di rumah jika kita mempunyai TV 3D, Blu-ray 3D dan Filem 3D. Mungkin ramai antara kita tidak mampun untuk membeli kesemua kelengkapan tersebut.

Kini kita boleh menonton filem 3D melalui youtube. Bagaimana caranya?

  1. Klik pada simbol 3D pada status bar
  2. Seterusnya klik pada “Change Viewing Method”
  3. Pilih “No glasses”
  4. Klik semula pada simbol 3D
  5. Pilih “Cross eyesed”

Anda kini dapat melihat paparan dalam 2 pandangan (side by side)

Bagaimana ingin melihat pandangan 3D?

Anda perlu melihat dengan cara MENJULINGKAN mata. Pelik bukan? Tapi itulah caranya untuk anda melihat paparan 3D.

Apabila anda menjulingkan mata, anda akan dapat melihat 3 paparan. Fokus pada paparan yang tengah. Cuba lihat pada video di bawah tentang kaedah untuk melihat dengan cara menjulingkan mata.

Cuba lihat Video Clip di bawah:

 

Reset Printer Canon – Refilled Ink

Anda pengguna printer Canon? Bagi pengguna printer canon MP198, MP258, MP276, MP496 dan MP568 anda mungkin kerap kali mengalami masalah untuk reset indikator setelah mengisi semula dakwat. Indikator tetap berkelip walaupun telah diisi dakwat.

Tekniknya adalah seperti berikut:

MOD SERVIS

  1. Turn off printer
  2. Remove kabel USB dari komputer anda
  3. Press dan hold butang START/STOP. Jangan lepaskan
  4. Press dan hold POWER button.
  5. Apabila POWER LED (warna hijau) menyala, lepaskan START/STOP button.
  6. Teruskan menekan POWER button, kemudian press START/STOP button DUA kali. Kemudian lepaskan POWER Button.
  7. Tunggu sehingga paparan LCD memaparkan “0” (kosong)
  8. Setelah paparan LCD memaparkan “0“, sambungkan kabel USB ke komputer. Ia akan detect new device

RESET INK COUNTER

  • Download perisian Tool Service

  • Pastikan anda memilih port yang betul di dalam kolum USB Port
  • Klik MAIN button pada Clear Ink Counter. Pastikan anda masukkan kertas terlebih dahulu
  • Klik PLATEN button pada Clear Ink Counter. Printer akan mencetak dengan sendiri.
  • TURN OFF printer kemudian TURN ON semula. Kini printer anda boleh digunakan

**Tiada jaminan terhadap tutorial ini.

Jana pendapatan dengan Churp Churp

Ramai yang bertanya kepada saya. Betul ke boleh dapat duit dengan melayari internet. Jawapannya “YA, Boleh”. Bagaimana caranya? Anda cuma perlu mempromosikan iklan daripada CHURP CHURP.. mudah bukan?

Ada yang bertanya lagi “Logik ke kalau orang klik je kita bleh dapat income?”

Memang logik. Syarikat-syarikat akan memberi sejumlah bayaran kepada Advertiser seperti Churp Churp dan Nuffnang untuk mempromosikan produk mereka. Kita pula menjadi agen kepada Churp churp dan nuffnang untuk membantu mempromosikan produk tersebut.

Jika kita lihat di dunia nyata, syarikat sanggup membayar jutaan ringgit untuk mempromosikan produk mereka melalui televisyen dan juga radio. Kini mereka mengubah strategi pemasaran mereka dengan mempromosikan melalui internet (blog, facebook, twitter dan sebagainya)

Jadi usahlah ragu-ragu. Yang penting kita tidak mempromosikan produk yang berasaskan arak dan alkohol. InsyaAllah halal rezeki yang kita dapat daripada hasil promosi ini

Jom kita join churp churp. Boleh menjana pendapatan dengan hanya promosikan churp churp melalui facebook dan twitter.. kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain ye.

<<JOIN CHURP CHURP SEKARANG>>

Free Android Antivirus – IKARUS Mobile Security

Telefon yang menggunakan platfom Android kini menjadi pilihan pengguna. Ramai antara kita tidak menitik beratkan keselamatan ketika melayari internet menggunakan telefon atau tablet gadget.

IKARUS Mobile Security merupakan Antivirus percuma untuk Android 2.2 dan ke atas. Kepada pengguna telefon atau tablet yang menggunakan platfom android, anda bolehlah download perisian IKARUS Mobile Security secara percuma melalui laman web rasmi Ikarus. Antivirus ini merupakan salah satu alternatif selain daripada AVG Mobilation.

Ikarus merupakan perisian dari syarikat perisian Austria. Cara penggunaannya amat mudah dan mempunyai antaramuka yang user-friendly.

Jadi, apa tunggu lagi? Muat turun software ikarus dan install di dalam gadget anda supaya dapat mencegah daripada diserang spyware, malware dan trojan

PERCUMA – Download Kingsoft Office Suite 2012

Kingsoft Office Suite 2012

Download Kingsoft Office Suite Free 2012 dari laman web rasmi Kingsoft. Kingsoft merupakan salah satu perisian Office yang hampir menyerupai Microsoft Office.

 

Terdapat dua versi Kingsoft iaitu Kingsoft Office Suite Free 2012 dan juga Kingsoft Office Suite Professional 2012. Terdapat 3 jenis program yang di dalam Kingsoft Office versi percuma iaitu Writer (MS-word), Spreadsheet (MS-Excel) dan Presentation (MS-Powerpoint). Apa yang paling penting adalah, perisian ini diberi PERCUMA-FREE.

Kepada yang tidak mempunyai Microsoft Office atau masih menggunakan Microsoft Office cetak rompak (Pirate), jom kita tukar kepada Kingsoft Office. Fungsinya yang hampir 90% sama dengan Microsoft Office seharusnya menjadi pilihan kepada mereka-mereka yang tidak mahu membeli Microsoft Office yang Original

Kelebihan Kingsoft Office Suite 2012:

Compatible dengan Microsoft Office: Anda boleh membuka dan mengedit fail Microsoft Office menggunakan Kingsoft Office. Boleh membuka dan menyimpan fail ?Microsoft Word (.doc, .docx), Excel (.xls, .xlsx), PowerPoint (.ppt, .pptx) to PDF files.

 Save as PDF Format: Boleh menyimpan fail terus ke format PDF. Menukar secara terus Kingsoft Writer, spreadsheets, Presentation kepada fail PDF.

 

Spesifikasi OS:
Windows 2000 / Windows XP / Windows Vista(32bit,64bit) / Windows 7(32bit,64bit)

Kondigurasi yang dicadangkan:
CPU: Pentium III 450 MHz dan ke atas
Memory: 256 MB dan ke atas
Hardware: 250 MB available

Untuk download, sila layari : Kingsoft Website

Online Football – Streaming

Ramai yang meminati sukan bola sepak di seluruh dunia. Tidak kira samada liga tempatan atau pun liga Inggeris. Saya sendiri amat gemar menonton perlawanan BPL. Kalau kita tengok di warung-warung mamak, mereka menggunakan taktik memasang layar yang besar dan menyiarkan siaran langsung BPL untuk menarik pelanggan ke restoran mereka.

Disini saya ingin kongsikan kepada mereka yang tidak mempunyai ASTRO, tetapi begitu cintakan untuk menonton BPL atau La Liga. Saya sering menonton secara online kerana kadangkala keluar berkursus dan di tempat tersebut tiada ASTRO.

Laman web yang menjadi pilihan untuk menonton:
http://www.onlinefootball.eu/footballstreams
http://www.asiaplatetv.com/

untuk melihat keputusan secara online pula:
http://www.livescore.com/

Semoga anda dapat menonton dengan gembira.

Panggilan PERCUMA ke Malaysia dari Seluruh DUNIA

Pengalaman berada di luar negara pada tahun 2007 yang lalu mengajar saya beberapa perkara yang tidak pernah terlintas difikiran saya sebelum ni. Terutama sekali apabila rindu nak menghubungi keluarga dan sahabat handai di Malaysia. Kebiasaannya apabila kita nak ke luar negara, rakan-rakan akan berpesan pada kita untuk membeli RING-RING kad atau apa-apa sahaja jenis kad untuk membuat panggilan IDD.
Mungkin ada di antara kita akan berada di sana dalam tempoh masa yang lama. Bayangkan pada tahun 2007, ketika saya berada di Jepun, kadar caj panggilan IDD dari telefon awam di Jepun ke Malaysia dengan menggunakan RING-RING kad adalah sekitar RM1.50 – RM2.00 seminit. Pada ketika itu saya hanya ada RM200 nilai Ring-ring kad dan hanya dapat diguna sekitar 2 minggu sahaja.
Disebabkan rasa amat terbeban dengan kadar yang terlalu MAHAL, saya membuat carian di internet dan terjumpa beberapa servis yang dianggap agak murah untuk menghubungi Malaysia. Antaranya adalah SKYPE dan VOIPSTUNT.
Semua orang mungkin dah biasa dengan SKYPE. Tapi Voipstunt mungkin agak jarang atau tidak pernah sama sekali kita dengar.
Kadar panggilan dari seluruh dunia(Komputer) ke Malaysia(Talian Tetap TM) adalah PERCUMA. Manakala panggilan ke handset hanyalah sekitar 0.045euro/minit iaitu sekitar RM0.20 seminit. Hampir sama caj kita membuat panggilan menggunakan hanset di Malaysia.

Bagi yang merancang untuk ke luar negara, saya nasihatkan agar anda mendaftar dengan VOIPSTUNT dan belilah 10euro kredit dahulu. Memang amat berbaloi jika dibandingkan dengan Ring-Ring kad atau ROOMING Caj. Cara untuk membeli kredit boleh dilakukan melalui kad kredit, paypal, pindahan bank tempatan(RHB Bank) dan juga boleh membeli secara terus dari Reseller Tempatan.
Untuk maklumat lanjut tentang Voipstunt, anda boleh layari www.voipstunt.com

Ryujiro Ueda – Tandukan kemenangan rekod dunia

 

Kebiasaannya kita lihat jaringan dalam sukan bola sepak dalam lingkungan 20 kaki.. samada dengan tendangan atau tandukan. Tahukah kita rekod yang dicatatkan oleh Ryujiro Ueda yang menjaringkan gol kemenangan buat ?Fagiano Okayama dalam liga division 2, Jepun. Jarak yang dicatatkan adalah 58.6 meter. Sungguh menakjubkan.